Monday, November 12, 2012

Surat Untuk Iman


Hari nie rasa touching aku sangat melampau...dengar lagu nie pun boleh meleleh air mata..
Untuk pertama kalinya terasa nak menulis sesuatu untuk anak aku (macam wasiat pulak) walaupun dia masih kecil dan  tak tahu membaca lagi. Mungkin suatu hari nanti bila Iman dah besar Iman boleh baca.

Lagu nie Ibu tujukan untuk Iman.

"Ya Allah jadikanlah anak ku anak yang soleh, kuatkanlah iman di hatinya, jadikan dia manusia beriman dan berguna di masa hadapan. Ya Allah, jauhkanlah anakku dari api neraka dan tunaikanlah segala permintaanya. Ya Allah masukkan anakku ke dalam Syurgamu Ya Allah". 

Iman,
Ibu sangat sayangkan Iman. Walaupun ibu bagi tahu Iman setiap hari tapi ibu masih jugak nak bagi tahu lagi dan lagi. Ibu tetap takut kalau Iman tak tahu ibu sangat sayang Iman. Ibu takut tak sempat bagi tau Iman, Ibu sayang Iman.

Iman,
Mengandung, melahirkan & membesarkan Iman sangat indah pada ibu. Masa sangat getir dan menakutkan bila Iman keluar masuk hospital lepas lahir. Kalau iman jadi biru masa menyusu ibu pulak bertukar jadi hijau, merah unggu masa menunggu Iman dekat wad.

Iman,
Setiap kali ayah ajak ibu pergi kerja naik moto...jadi awek rempit ayah, ibu rasa teruja jugak. Tak delah rasa stress setiap pagi nak pergi kerja.Tapi bila ibu terfikir kalau apa-apa jadi kat ibu dan ayah, apa jadi dengan Iman. Sapa nak jaga Iman. Sapa buat susu Iman. Siapa akan peluk Iman kalau Iman nangis. Belikan Iman mainan, belikan Iman baju, belikan Iman makanan kegemaran....

Iman,
Ibu cemburu bila Iman selalu lebihkan ayah dalam setiap hal. Iman memang anak ayah, dan hampir 80% Iman almost mirip ayah. Walau pun umur Iman baru setahun...Iman selalu sebut ayah...ayah...ayah...pernah satu hari ibu sangat marah sangat emosi sbb semua ayah. Ayah selalu pujuk ibu kata Iman tu masih kecik lagi, tak tahu apa-apa. Ibu pun selalu psyco Iman,tanya Iman sayang sape. Tapi jawapan standard Iman bila dah pandai bercakap "Iman sayang ibu ayah, Imankan anak ibu ayah".

Iman,
Iman selalu nangis kuat2 kalau ibu ayah tak de dekat Iman masa Iman bangun tido. Bila dah nampak pun nangis kuat2 lagi sebab sangat merajuk. Tunjuk perasaan.....

bersambung....

Thursday, July 12, 2012

Don't lose hope...

kadang-kadang kita akan rasa tak bersemangat langsung
buat apa pun serba serbi tak kena
ada jer benda yang tak kena
Tapi
kita tak boleh biarkan semua perkara ini berterusan
kita harus motivate diri
Berusaha
menjadi teman terbaik untuk diri sendiri
menjadikan diri bahagia + gembira setiap hari
bersyukur dengan setiap yang kita ada + perolehi
Berdoa setiap hari agar diberikan yang terbaik...
Bukan
Menjadikan masalah sebagai penghalang  
sebuah kebahagiaan

Saturday, January 21, 2012

So-So


✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..

✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..

✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..

✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥