Korang biasa nampak belon ni?...bersepah-sepah kat merata tempat hospital ada, petronas ada, kedai majalah ada, pasaraya ada, kedai bunga
Inilah dia belon yang Iman gila-gilakan ahad lepas...sanggup menangis & nak kena tinggal dekat pasaraya kerana mu belon......
Ibu sangat takut sangat ngeri kalau anak ibu nie tertinggal di mana-mana. Ibu sayang Iman. Ibu babab ayah kalau buat macam tu.
Tapi bak kata ayah ibu tak boleh terlalu manjakan Iman. Tak boleh beli apa saja yang Iman minta. Ibu tak boleh buat magic untuk tunaikan permintaan Iman. Ibu bukan tinkle bell. Ibu pun takut nanti Iman tak boleh terima kalau satu hari nanti Iman tak dapat benda yang Iman minta. Takut satu hari nanti ibu & ayah tak mampu nak tunaikan permintaan Iman lagi.
Macam mana nanti dah besar Iman minta sebijik ferrari....mana mampu ibuayah nak belikan.