Friday, November 18, 2011

11.11.11


Ada apa dengan 11.11.11?...
Hehehe..tarikh yg cantek sangat.

Dan mungkin sekali ni je ada 11.11.11. No more.
Mungkin ramai orang ambil kesempatan untuk  berkahwin @ bertunang.



yahoooooooooooo....akhirnya kawen

Tapi pada yang dah kawen tu tak payahlah berangan pulak nak mengabadikan tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan yg ke....pulak.

Ada jugak yg tunggu kelahiran orang baru....(baik punya planning)
Tahniah-tahniah.

mummy i'm coming

Sebab tarikh tu menarik saya rasa teringin jugak mengabadikan tarikh istimewa nie.
Nak buat apa ya?..
Masih belum ada perancangan menarik nie.

Makan malam romantika di bawah cahaya lilin?.

Duduk atas bukit berdua-duaan dengan ayah sambil mengira
bintang, tahi bintang, mak bulan, meteor dan dll (gaya ahli astrologi)?..

Berdating di Genting Highland?..mastahil sbb tak ada cuti?..

Lepak kat KLCC ngan iman & ayah.????

Masak makanan special kat rumah & makan sekenyang-kenyangnya?..

Apa ye?.Serius tak de idea.

BILA TIBA HARINYA - 11-11-11
APA YG TERJADI



Soalan : Di mana saya pagi ini? :

A) Sembang2 dalam bilik Opismate saya
B) Makan2 dalam Makmal R&D
C)Ular2 dalam Makmal Kimia
D) SEMUA DI ATAS

Cuba teka?....

a) Saya gagal hadir ke tempat kerja - kerana "SENTAP" dengan kejadian di OPIS petang semalam.

b) 11 pagi - Saya masih di ruang tamu rumah sambil menonton CD UpinIpin yg telah diulang tayang berkali-kali dengan Iman

c) Saya terpaksa menunggu hingga jam 3 ptg untuk ambil injection dan MC - sbb DR saya terpaksa attend ibu bersalin.

d) Saya masak makan malam yg sedap dan makan dulu sesorang sbb ayah agak lambat malam nie.




Tapi saya sangat puas hati sbb saya ada sesuatu untuk dikenang pada 11.11.11.

Wednesday, November 16, 2011

SANGAT TERHARU....



'Ibu, Ibu kenapa?. Ibu sakit ke?".
Tanya Iman waktu saya sedang sibuk memicit-micit tapak kaki saya yang sakit.

"Haah, kaki ibu sakit".
Tangan kecilnya sibuk jugak memegang tapak kaki saya.

"Kenapa Ibu?Sakit ke?".
Tanyanya lagi kerana masih belum memahami pernyataan saya tadi.

"Haah kaki ibu sakit, ibu jatuh tangga semalam".
"Tangga mana ibu?." Desaknya tanda masih tak puas hati.

Tiba-tiba dia tergesa-gesa berlari ke arah tangga sambil berkata :
"Tunggu...tunggu...Iman ambikkan ubat kat ibu".

"Nah Ibu, sapu-sapu kat kaki ibu"....beria-ia dia menghulur minyak gamat sambil dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

Alahai anak ibu...ibu SANGAT TERHARU ...anak ibu sangat perhatian.

IBU SAYANG IMAN...




Saturday, November 05, 2011

Kalau rasa sedih.....

kalau awak rasa sedih?...apa awak buat ye...

Buat bodoh jer?...

Tapi ini btul2 sedih.tak tipu....

nangis boleh?


jerit2 kuat2 sampai jiran sebelah terbangun?...

Hidup nie macam roda. Ada waktunya kita sangat gembira,
Ada waktunya sangat sedih.

 Biasanya saya akan sedih sangat2 bila gaduh dengan chenta saya.
Siapa lagi kalau tak En. Azmi.
Dan apa yg bermain di minda saya ialah
Kenapa marah saya (tapi selalunya saya yg buat dia marah sbb marah dia).
Tapi saya tetap kira dia marah saya.

Bila saya rasa sedih, sebenarnya saya selalu harap macam nie


"Peluk dan pujuk saya"
Sebab saya akan rasa sangat selamat kalau dia peluk saya.

Katakan "I LOVE U" banyak2
Walau saya tahu dia sangat kedekut untuk berkata "I Love U"
Sebab takut saya jadi manja.

"Belikan saya bear-bear @ cokelat @ bunga"
Mak ok jer...

ceh....berangan


Apa pun saya terus berharap hari-hari yang saya lalui penuh keceriaan, kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak bertepi...Amin





Thursday, November 03, 2011

SAYA SUKA GAMBAR NIE...

MACAMIBUAYAH&IMAN

i like...like banyak2....

itu je

da...

SAYA DAH LETIH...

Saya dah letih....

Saya jadi letih kerana selalu kena menjaga hati orang keliling saya.
Menjaga hati mereka supaya tidak "terpeliot" @ cedera.

Tapi hati dan rasa hati saya die peduli tak????? Pernah ke die fikir dulu apa yg die nak kata. Kadang-kadang saya tak boleh bezakan antara menyindir dengan bagi tahu.

Saya cedera parah nie.???

Saya bukanlah insan yg lemah, yg boleh dibuli sesuka hati. 
Tapi saya tak nak guna kekasaran untuk buat orang lain cedera kerana saya nak gembira.

Saya tak paham kadang2....puas dan gembira ke bila dapat menyakitkan hati org lain nie.???
Ada tak rasa macam dapat bunga @ dapat coklat?.
Kalau rasanya begitu saya pun teringin nak try.

Yang nie saya suka...sedap...

Apa yg saya boleh buat?.
Sebenarnya saya tak buat apa-apa lagi pun. Saya biarkan saja perkara nie berlalu mengikut peredaran masa. Ikut jer rentaknya...zapin, joget lambak, tanggo...layan.


Saya terfikir...
Boleh tak kita nie terima seadanya rakan kita sbb manusia itu tidak sempurna dan tidak sama. Kalau kita dapat terima orang lain seadanya, mesti orang lain akan terima kita jugak.

Pada saya usia begini...
saya bukan lagi anak remaja yg memilih kawan @ geng di sekolah.
Tapi saya memilih jugak orang untuk saya bercerita isu-isu tertentu sbb tak semua orang akan faham @ suka dengan cerita kita.

Contohnya...
cerita perihal orang dah berkahwin dengan anak dara.
Apa ke hal?..
mesti ada benda yg dia tak faham.(jgn salahkan maksudnya pulak ye).
Maksud saya, cerita pasal anak ke, sakit puan ke....
 Boleh faham tak maksud saya. 

Pada saya, bila dah masuk opis...tinggalkan benda tension di rumah tu di mana2.
Saya akui kalau bergaduh dengan suami takkan si isteri masuk kerja senyum sampai telinga.
Sangatlah mustahil & giler namanya.

Tapi kalau opis mate bertanya
"Dah makan?."
Jawab jelah  dah @ belum dengan baik.
Tak perlu berteriak @ menjeling, kan senang.

Sibuk kerja pada saya bukan alasan untuk tak tegur rakan pejabat.
Buat kerja dengan muka masam mencuka, tanya sepatah jawab sepatah...
Semua orang datang kerja untuk buat kerja..
Bukan kita sorang jer K.

saya sibuk awak nampak tak.

Iyalah saya dah letih...
Letih untuk semua-semua perkara.

Saya nak balik rumah dan meninggalkan beban fikirkan ini sehingga esok bila saya masuk kerja balik ye.

Tatatititutu