Wednesday, November 16, 2011

SANGAT TERHARU....



'Ibu, Ibu kenapa?. Ibu sakit ke?".
Tanya Iman waktu saya sedang sibuk memicit-micit tapak kaki saya yang sakit.

"Haah, kaki ibu sakit".
Tangan kecilnya sibuk jugak memegang tapak kaki saya.

"Kenapa Ibu?Sakit ke?".
Tanyanya lagi kerana masih belum memahami pernyataan saya tadi.

"Haah kaki ibu sakit, ibu jatuh tangga semalam".
"Tangga mana ibu?." Desaknya tanda masih tak puas hati.

Tiba-tiba dia tergesa-gesa berlari ke arah tangga sambil berkata :
"Tunggu...tunggu...Iman ambikkan ubat kat ibu".

"Nah Ibu, sapu-sapu kat kaki ibu"....beria-ia dia menghulur minyak gamat sambil dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

Alahai anak ibu...ibu SANGAT TERHARU ...anak ibu sangat perhatian.

IBU SAYANG IMAN...




No comments:

Post a Comment