bunyi macam mengada jerkan....
Tapi saya rasa macam kena ada jer rasa cam tu...
walau saya X cakap saya rindu kamu berdua setiap hari
Walaupun setiap pagi kami pergi kerja bersama dan sampai ke depan pintu opis masih di hantar suami, saya tetap rindukan dia. Lebih2 lagi kalau berlaku pertelagahan waktu pagi @ malam tadi.
Saya tak pernah berjauhan dengan si dia (yg baju merah tu) kecuali waktu berkerja iaitu 8 jam + 1 jam iaitu waktu perjalanan dia berulangalik ke opis. Jumlahnya 9 jam sehari.
Sekarang baru ibu tahu, kenapa awak selalu merengek bila nampak ibu awak yg cantek nie. Tapi apakan daya tuntutan kerja ibu dah begitu. Tapi ibu nak awak tahu ibu rindu sayang awak setiap hari. Terutama bila ibu cium awak bila awak tidur. Ibu teringin nak baca buku cerita untuk awak, tapi ibu tertanya nak ke awak dengar nie. Sebab ibu tgk awak sangat minat kereta dan upin ipin awak jer. Mungkin awak dengar separuh jer, separuh lagi ibu yg tidur...hehehe. Nak main kereta sesama awak tak bagi kacau kereta awak. akhirnya ibu akan tertidur meneman awak dan ayah membebel ibu nie tidur jer.
Ibu dan ayah, pegi balik kerja bersama setiap hari 5 hari seminggu. Sebab hari sabtu ibu berdikari bawa kereta sendiri. Romantik jugak sbb pagi2 tgk matahari terbit bersama petang tgk matahari terbenam pula. So tak yah ke tepi pantai untuk menjadi romantik sbb pergi kerja pun dah romantik.
matahari terbit : tiap2 hari tgk rupanya