Thursday, September 29, 2011

Aku | Rindu Sayang Kamu...

Pernah tak rasa macam nie....rindu pasangan dan si kecik  bila gi kerja
bunyi macam mengada jerkan....

Tapi saya rasa macam kena ada jer rasa cam tu...

walau saya X cakap saya  rindu kamu berdua setiap hari

Walaupun setiap pagi kami pergi kerja bersama dan sampai ke depan pintu opis masih di hantar suami, saya tetap rindukan dia. Lebih2 lagi kalau berlaku pertelagahan waktu pagi @ malam tadi.

Saya tak pernah berjauhan dengan si dia (yg baju merah tu) kecuali waktu berkerja iaitu 8 jam + 1 jam iaitu waktu perjalanan dia berulangalik ke opis. Jumlahnya 9 jam sehari. eh tetiba rasa lama pulak. Berbanding si kecik berbaju belang ini masa kami agak limited sikit. jumlah keseluruhan bersama hanya 12 jam. tolak masa dia tidur, masa terluang adalah satu jam jer selepas tolak mandi, makan malam,gosok baju, masak kadang2X. Oh, kasihan si kecil ku ini rupanya. Ibu akan berusaha memberi masa2 yang ada untuk awak ye.

Sekarang baru ibu tahu, kenapa awak selalu merengek bila nampak ibu awak yg cantek nie. Tapi apakan daya tuntutan kerja ibu dah begitu. Tapi ibu nak awak tahu ibu rindu sayang awak setiap hari. Terutama bila ibu cium awak bila awak tidur. Ibu teringin nak baca buku cerita untuk awak, tapi ibu tertanya nak ke awak dengar nie. Sebab ibu tgk awak sangat minat kereta dan upin ipin awak jer. Mungkin awak dengar separuh jer, separuh lagi ibu yg tidur...hehehe. Nak main kereta sesama awak tak bagi kacau kereta awak. akhirnya ibu akan tertidur meneman awak dan ayah membebel ibu nie tidur jer.


awak dah besar nie....dah pandai menyanyi pun

Ibu dan ayah, pegi balik kerja bersama setiap hari 5 hari seminggu. Sebab hari sabtu ibu berdikari bawa kereta sendiri. Romantik jugak  sbb pagi2 tgk matahari terbit bersama petang tgk matahari terbenam pula. So tak yah ke tepi pantai untuk menjadi romantik sbb pergi kerja pun dah romantik.


matahari terbit : tiap2 hari tgk rupanya

Sampai satu tahap kadang2 x ada kisah untuk diceritakan. Cuma tanya makan apa tadi?. Banyak kerja ke tadi?. Pasal tulah tak terluah pulak saya rindu sayang kamu bila bersama. Tapi ketahuilah kedua-dua insan kesayangan saya nie...bahawa saya rindu sayang kamu......

1 comment: