FAIRYTALE @ kisah dongeng....
korang ada kisah dongeng?..
aku ada.kisah dongeng aku ialah nak jadi suri rumah tangga dengan pendapatan bersih Rm1500.00 sebulan.
Entah macam mana aku terpikir kalau suami aku dah "masyuk", aku akan jadi suri rumah sepenuh masa suami aku akan bagi duit sebanyak RM1500.00 sebulan tunai. Boleh tak?.
Melakukan kerja std seorg ibu dirumah iaitu menghantar anak ke sekolah, basuh baju , pegi pasar, masak, beronline, berfacebook, bersenang2 di rumah, menonton astro first dll.
Tetapi RM1500.00 tu tak termasuk belanja rumah bayar bil duit susu anak. RM1500.00 tu aku punya. Sebagai upah duduk kat rumah. Sangat gembira bunyinya...waktu aku ada banyak masa untuk pergi shopping lepas hantar anak sekolah. Bayangkan membeli belah di jusco, beli barang dapur di giant, beli ikan di pasar malam...
Tak macam sekarang, berlari2 mensettlekan rumah dan jugak kerja. Lepas habis kerja lari2 pegi giant beli barang dapur, hujung minggu sibuk nak masak, sibuk jugak nak pegi jusco...huh penat. Tuhan jer yg tahu.
Tapi bak kata aku itu cerita dongeng semata2. Bila diajukan pada suami aku nampaknya proposal aku nie tak lulus. Macam2 alasan suami aku bagi...Baru sekarang aku percaya sang suami akan berkira rupanya kalau die jer yang kerja...aduhai
No comments:
Post a Comment