Monday, October 03, 2011

CERITA INI.....

Tak tahu kenapa bila dtg kerja macam ada benda yg kurang....

ke sebab dah lebih 5 tahun kerja nie...dah tak minat kerja?.

Betul rasa 0 jer jiwa.macam makan nasik tak de rasa. Makan jer sebab nak kenyang.
Datang kerja. punch card dan menunggu masa balik.

kenapa?....ada jugak kawan2 yang lain rasa macam tu jugak...yang datang opis memboringkan diri jugak. Beronline ...gosip2 artis, tanya khabar mak2 saudara dekat fb..
Ke sebab aku dah lagak orang hutan tak berkawan dengan orang
lain. Tak jugak, rasanya hubungan silaturrahim aku ngan opis mate @ opis seberang sana
OK..OK jer. Dengan bebudak down line aku OK juga.

Apakah?.Tak de tarikan yg membawa kepada nak datang kerja hari ini..
Hari2 pun dalam kepala terfikir alangkah bagusnya kalau hari ini cuti....dan esok
cuti lagi.

Jadi aku setuju sangatlah kalau umur bersara tu 55 jer. Kalau 60 tahun aku tak tau lemau dia
macam mana.Aku yang 3 series nie pun lemau masuk angin. Kalau 5 series?. X6 apatah lagi....aduyai....

Kat sini di sini...macam kurang kasih sayang...Pilih kasih dah memanglah.Generasi yang masuk seangkatan aku  pada 2008 semua dah pun angkat kaki. Seorang dah pun angkat sebelah kaki walau pun pada aku di anak emas kat sini.

Oh ye, ini cerita dia.Si A.kira mngumpat ke nie. Yang langsung tak ngam dengan aku. Kami tak sama jantina. Jadi tadik harus juga berbaik-baik. Si A ini boleh diumpama anak emas.Dengan Manager tak payah ceritalah...semua contoh semua cerita akan related dengan A sebagai contoh. Si A ini begini, Si A ini bagus. Si A ini baik. Iyalah dasarnya begitulah. Baguslah Si A ini baik dan bagus. Tetapi kebaikan dia tak harus menjadi senjata untuk mencalar hati orang lain sewenangnya. Orang lain juga bekerja dan ada kepakaran masing2 jugak.Tapi apa yang berlaku...lebih kurang begitu..

Bos in pun agak2lah kalau dah suka ..Opsssss si bos dan Si A sama jantina.jangan salah sangka nanti lain jadinya. Sampai kerja orang lain dah ke tangan orang lain. Pernah sekali opis mate aku bergaduh dengan bos kerana ini. Opis mate yang sebelum-sebelum nie pun merungut jugak tapi tak samapai perang2lah. Yang Si A pulak kata dia jagi kambing hitam buat job orang lain. Alahai....

Si dia Si anak emas juga angkat kaki kerana emosi2 begini. Bagaimana ye?>

Aku pulak masih menghitung hari...tak tahu rezeki belum menyebelahi.12345678910..........

No comments:

Post a Comment