huh 58kg?????
ko tipu...mana boleh
Dulukan....baru 38kg, masa tgh mengandung Wildan
Sekarang 58kg
cerita tahun 2011
+20kg(dari mana die datang agaknya)
+20kg
Berdasarkan sejarah dan salah silah keluarga...
didapati keturunan Haji Johari & Hajah Aminah (sebelah mak aku) nie terbahagi 2.
Satu kurus dan tinggi. Satu rendah dan gemuk (rendanglah tu).
Secara amnya aku berjaya mewarisi ketinggian dan kekurusan atuk akulah,
tapi bila dah 3 series nie, lain macam skit. Macam dah nak jadi rendang jugak.
Dengan kata lain "GEMUK".
Dulu, aku selalu pelik kenapa perempuan selalu obses nak kurus...
nak kurus...nak kurus... (masa aku kuruslah)
Tapi sekarang aku faham perasaan diorg tu....
sbb aku pun jadi macam diorang jugak takut GEMUK
Kata orang aku belum GEMUK lagi. Sedang-sedang ajer. OK sangat dengan ketinggian.
Aku pun setuju sebab aku rasa Ok gak.
Yang buat aku rasa tak OK bila kebanyakan baju aku dah tak cantik dipakai.
Semuanya macam sarung nangka.
Maklumlah dulu baju semua saiz S. M pun dah kira besar dah.
Yang paling tak best bahagian PERUT..sebijik macam GARFIELD...
apa pandang2?...tak puas hati
Bab PERUT nie sensitif skit. Dulu aku suka pelekeh petua orang tua2 antaranya :
1. Jangan minum ais nanti buncit
2. Jangan baring lepas makan nanti buncit
3. Bersalin Operation nanti buncit
Semua di atas aku langgar sebab tak de kesan pada aku (masa bujanglah).
Pastu bila dah bersalin pulak, masih ada rasa riak jugak bila setahun lepas bersalin masih maintain X BUNCIT PUN...
Bila mak aku cakap kesan bersalin Operation tu BUNCIT...
aku masih tak caya sebab aku X BUNCIT pun.
Akibatnya selepas 3 tahun...BUNCIT dah. Mungkin terkena sumpahan mak aku.hehehe
Sekarang nak maintain rata kat perut mmg X dapatlah...tahan nafas sekejap bolehlah.
Lepas tu biru2 muka sbb x cukup O2. Apa pun tak boleh.
Berkobar2 nak kuruskan PERUT nie...Tapi terbantut jugak bila ayah kata
"AYAH OK JER"...
SO SWEET...
IBU PUN OK JER....
No comments:
Post a Comment