Tuesday, October 11, 2011

kerana pulut santan binasa

Di sini tempat orang melayu, yg kerjanya pun semua melayu
baguskan orang melayu...dah ada syarikat sendiri.

Di tempat melayu patutnya "budi bahasa amalan mulia" dan budaya sepanjang hidup.
Tapi kat sini...mulut aku belajar melepaskan kata-kata pedas berbisa kerana belajar budaya di sini .Sebabnya seingat aku di luar kawasan bahasa aku cantek jer.

Orang kat sini ada yang mudah juga "terpeleot" (bahasa nie aku dapat dari opis mate aku) Tapi ada yang mulut Pehhhhhhhhhh macam cili api. Pedas. Tak boleh diajak bergurau. bergurau pun cara begitu-begitulah.

Terpeleot atau bahasa lainnya ialah terasa hati (hahaha). "Hati kecil" @ "kecil hati". Tetapi ada rakan opis yang kadang2 bertanya khabar pun dapat jawapan menyakitkan hati. Lama berada di sini, kadang2 mulut nie pun terlepas ayat bisa. " subhanallah" risau aku.

Tetapi yang paling aku ingat ayatnya macam nie

"kalau tak suka berenti ajer". aduyai kak limah....bahasa tu cuba cantek skit.
kalau ada peluang lain, harimau pun lari jumpa akak. takkan tunggu punyalah.
Iyalah...mulut macam nie.Siapa tahan. Tak boleh komen sikit..tak boleh minta ngan opis lebih skit...mulalah ayatnya " korang nie tak reti bersyukur". Hah eleh. ke korang yang tak buat kerja?
Sebab tu minta apa pun tak dapat.

Kadang2 gayanya macam bergurau, tapi ayatnya tembuslah sampai kat jantung. Dah kena jantung berlubang. aku apa lagi, kekadang balas gak hah ambekau.

Teringat pulak peribahasa X opis mate aku dulu. "katanya awak pernah dengar istilah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembuk mengembok.tapi kat sini saya tak boleh. Saya nak jadi ikan, duduk dalam laut tapi tak masin sbb kita kena ada pendirian. "Tapi kat sini pendirian kita tak boleh berdiri tanpa sokongan..jadi....

No comments:

Post a Comment