Tuesday, December 20, 2011

MENGANDUNG????

Mengandung ke?...
Lain macam jer aku punya buncit nie.
Selera makan tak yah cakap...apa pun boleh
"nasik kerabu, roti canai, roti telur, tom yam campur,nasi goreng cina
teh tarik, nescafe panas, limau asam boi, teh o limau"
janji makanan sapu bersih.
Berat badan pun seminggu bleh naik 2 kg...melampau betul.



Kalau mengandung tak tau nak bagi expresi muka cane...
Sedih ke. Taklah OK jer.
Gumbira ke?. Ok gak

Ada pun OK tak de pun OK. Tapi bulan nie jer dah 2 kali jatuh tergolek atas lantai cam labu.

Tak kut, nie semua mainan perasaan jer. Terima jerlah kenyataan aku dah gemok.
Jadi kena diet.diet, diet....

Apa pun kita check urin test dan nantikan hasilnya?????.................

Eirna! ko pun kena wat urin test gak.....


             Ada ke tak ada?

Thursday, December 15, 2011

TERIMA KASIH CINTA - PART 2

Menempuh alam baru yg dinamakan "alam pekerjaan" membuat saya jadi ralat. Melupakan terus perjalanan mencari cinta saya yang dah lama terhenti. Berkerja menjadikan masa saya terisi penuh. Tambah pulak masa tu boleh kerja over-over sebab boleh claim over time. Jadi saya keluar seawal pukul 8.00 pagi dan balik pulak sekitar 7.00 ke 8.00 malam. Hujung bulan memang best...masyuk.
kerja sampai muntah

Seingat saya bulan tu bulan ramadhan, bosan bersendirian kat rumah lepas balik kerja. Tiba-tiba saya teringat pulak kata-kata mak masa balik kg. "Telefonlah balik kawan adik tu, mak tak tahu nak bagi nombor telefon adik kat dia. Kalau mak tahu mak dah bagi dah". Dalam hati nak telefon macam mana. Siapa yg telefon pun tak tahu. Mak pun serkap jarang jer namanya.

Teringat pulak saya dekat Azmi (nama dia yang mak sebut, mak yang sebut ye bukan saya hehehe). Saya try tgk phone book. Confirm tak de. Dah delete dah. Ternampak no. telefon Akmal (Tompel- gelaran hubby untuk best fren dia). Telefon dan dapatlah pulak. Ntah apa yang saya tanya pun saya tak ingat tapi hasilnya saya dapat no telefon En. Azmi. Dan-dan terus call. Direct tanya "Awak telefon rumah mak saya ke?." Tapi jawapan dia tak best pun "Iya kut, saya pun tak ingat". Cover line ke mmg bukan dia yg call ni. "Oh ke ye ker, tak pelah".Jawapan saya pun sama tak best macam jawapan dia. Dalam hati "Kecewa" malu jer salah orang. Tak pelah disconnect jerlah panggilan nie. Anggap jer tersalah buat panggilan  telefon. "Ni no. awak ke, boleh saya telefon lain kali?." Tanya dia. "Haah,telefon jelah". Jawab saya (macam tu rasanya sbb dah lupa dah). Maka bermula episode bergayut-gayut di telefon kami.

Saya mula menjadi penunggu setia di talian. Tak cukup talian handphone melarat ke telefon kat rumah. Bila makcik saya balik haruslah guna handphone. Dari cerita pasal kerja melarat ke cerita sekolah dulu dan sampailah ke kisah hati. Dan boleh pulak lagi bergaduh di telefon kerana cerita-cerita di sekolah dulu. Ialah macam nak bercinta dengan saya tapi sakan bercerita pasal awek2 di sekolah. Hampeh. (masa dalam proses mengenali hati budi kononya...ahakss).Tak tahu ke jeles. "Tak mo kawan awak". Merajuk nie.
Pastu dapatlah sms bunga-bunga cinta. "Saya mengharap kat awak". Hish malulah...gedik pulak. Haah...dah jodoh. Setuju.
So kita declare...saya & dia. Kami Couple.
 Bila ye?.Lupalah pulak.

Wednesday, December 14, 2011

Tergolek macam labu...

Masa 4.45 petang.
Lokasi kejadian depan Makmal SPEI.
Saksi kejadian Boyot & Bun-bun (reaksi muka kesian tapi nak tergelak - berani gelak/potong gaji).
Keadaan semasa kejadian hujan renyai-renyai kejap lebat kejap x lebat. (melawan cakap anak buah - anak buah kata tak payah masuk opis)
Mangsa kejadian mengalami kecederaan kaki kanan terpeleot skit + sakit.
Punca kejadian selipar cakcibor yg dah expired (selipar you are fired).
HASILNYA TERGOLEK MACAM LABU..MENCI

Monday, December 12, 2011

OMBAK WINDU

OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya


DAH TGK KE FILEM OMBAK RINDU???


sana sini orang cerita pasal "Ombak Rindu"
lama-lama terkesan jugak nak gi tengok
tambah lagi dengan pengaruh rakan sebaya di opis nie
melompat-lompat nak pegi...
Tapi masa macam tak sesuai & tak cukup jer...

Nak pegi berdua dengan ayah lepas kerja, kesian pulak dekat Iman. Pukul berapa nak jumpa ibu ayah. Ambik cuti semata-mata nak pegi tgk wayang macam rugilah pulak. Alang-alang cuti baik gi shopping sekali, tapi poket pulak tak berapa nak lebat.

Entah tak ingat bila baca novel nie, tapi yg pasti mungkin 5 tahun yg lepas iaitu masa anak dara. Dah banyak sangat baca novel sampai tak ingat jalan ceritanya macam mana. 
Sekarang, nak suruh baca balik mmg tak dapatlah. Dah tak masuk dah. Nak baca satu muka surat pun payah. Mungkin sebab dah banyak putus urat masa lahirkan Wildan ngan Iman kut.

Kalau dulu masa-masa kat U sanggup tak tido, nangis-nangis baca novel. Pastu pas pulak kat member-member lain untuk sambung "touching & nangis" berduet. Bab beli pulak kakaklah yang jadi mangsa, maklumlah dia kan kakak, akukan adik.

Hero filem best...lagi teruja nak tgk..





Bukan untuk sesiapa

Sengih-sengih sorang-sorang sebab syok sendiri
Meroyan tgk blog sendiri yg dah serabut dengan macam-macam benda
Macam cantek...macam tak jer..
Tapi tak pelah, demi mengembirakan hati sendiri jer..

Bukan untuk sesiapa....
Untuk AKU jer


Saturday, December 10, 2011

TERIMA KASIH CINTA- PART 1

Saya & dia mula saling mengenali sewaktu sekolah menengah. Waktu tu kami baru tingkatan dua. Baru masuk tak sampai berapa minit dah dipanggil cikgu disiplin. Dalam hati "Apa hallah budak baru ni". Tapi saya tak pernah ambik kisah pun. Suka hati kolah. Kami tak pernah pun berbual dan mengenali satu sama lain. Hanya rakan sekelas. Saya cuma tahu namanya Azmi dan dia diangkat menjadi ketua kelas lepas tu.

Adalah sekali dia menegur saya "Awak nie sombonglah". Dalam hati saya bercakap dengan saya pun tak pernah, dah kata saya sombong. Dia kata saya nie ulat buku. Dan masa terus berlalu, saya dan hubby menjadi rakan sekelas selama setahun. Dia ke kanan, saya ke kiri. Tamat tingkatan 3, hubby menyambung study ke sekolah Teknik Kajang. Tinggallah saya di SUA meneruskan sekolah sampai tingkatan 5.


Semasa saya cuti semesta di UM, saya menerima panggilan telefon dari dia. Waktu yg sama saya tgh berkabung akibat dari kegagalan cinta monyet yg saya lalui.(monyet betullah) Patah hati punya pasal saya katakan saya tak bersedia untuk bercinta. Maka bermula suatu ikatan persahabatan. Dia terus menghubungi saya di telefon dan pernah beberapa kali menjenguk saya di asrama. Sehingga satu malam sewaktu saya ada xtvt persatuan dan meraikan hari jadi kawan baik saya, dia menelefon seperti biasa. Malangnya telefon saya kehabisan bateri. Dan kami terputus hubungan selama 3 tahun kerana masalah-masalah teknikal lain yg berpunca dari habis bateri tadi. Saya mengambil langkah drastik menukar no telefon.

3 tahun pada saya bukanlah satu jangkamasa yg singkat. Sempatlah saya menghabiskan pengajian di universiti dan masuk ke alam pekerjaan. Dia pulak hilang ntah ke mana. Tapi saya tak pernah ambil tahu pun. (marahlah katakan). Sehingga suatu hari ibu saya kata, ada kawan saya menelefon ke rumah bertanyakan no hp saya. Saya kata kepada ibu...biarlah.  Dan saya mmg tak de hati nak tahu siapa pun sehingga ibu mengulanginya beberapa kali. Ibu kata dia tak ingat namanya tapi rasa2nya macam Azmi. Baru saya teringatkan dia.







MALAS vs GAJI

Betul saya sangat malas...malas nak pergi kerja.
salah tempat kerja ke salah saya?
Masih tak tahu dan masih mencari-cari jawapan.
Kenapa yerk?...

indahnya begini setiap hari...makan kenyang2...pastu sleep
Setiap kali bangun saya berfikir, kenapa saya harus pergi kerja?
Berapa banyak public holiday yg ada di Kuala Lumpur nie?.
Berapa banyak lagi cuti sakit saya?
Berapa banyak lagi cuti tahun yg ada?
Kenapa orang harus bekerja?
Kalau pergi kerja pun, saya buat dengan terpaksa dan dengan hanya satu tujuan,
untuk dapat duit.
Saban hari saya berfikir, kan bagus kalau saya boleh bermalas-malas sepanjang hari di rumah hanya tidur, makan minum, menonton TV dan melepak.
Harga minyak naik, harga beras dan barang makan naik, boleh katakan semua benda dah naik harga. Yang tak naik cuma gaji.
Gaji oh gaji..

Bak pepatah orang putih, laziness is the mother of all invention. Malas berjalan, terciptalah pengangkutan, malas memasak, terciptalah makanan segera dan microwave, malas mengira, terciptalah perisian Excel dan lain-lain.

Apa yang anda mahukan dalam hidup ni? Adakah anda selalu risau bagaimana hendak membayar bil bulanan anda? Mahu membebaskan diri anda dari kerja yang boring teramat sangat dan boss yang sengal serta suka kena bodek?

Tapi saya harus berpijak di bumi yg nyata..kerana kerja itu satu amanah yang perlu dilaksanakan. Ada ganjaran pahala jika dilaksanakan dengan betul.

 BUT what ever pun STILL have to work hard, work smart!



Hari ygNtah hape2x....

Hampeh....
Hari yg X best...

Kenapa?...
Sebab tadi (maksudnya pagi-pagi buta)
Cik hubby marah-marah...
Punca?...
Masih belum dikenal pasti...

Apa pun puncanya...saya dah stresssssssss
Bila saya stressss makanya saya takmo buat kerja
Bos....lain kali saya buat ye.

Hari nie saya berniat, bernawaitu nak mengadap blog nie sampai sengal...