Saturday, December 10, 2011

TERIMA KASIH CINTA- PART 1

Saya & dia mula saling mengenali sewaktu sekolah menengah. Waktu tu kami baru tingkatan dua. Baru masuk tak sampai berapa minit dah dipanggil cikgu disiplin. Dalam hati "Apa hallah budak baru ni". Tapi saya tak pernah ambik kisah pun. Suka hati kolah. Kami tak pernah pun berbual dan mengenali satu sama lain. Hanya rakan sekelas. Saya cuma tahu namanya Azmi dan dia diangkat menjadi ketua kelas lepas tu.

Adalah sekali dia menegur saya "Awak nie sombonglah". Dalam hati saya bercakap dengan saya pun tak pernah, dah kata saya sombong. Dia kata saya nie ulat buku. Dan masa terus berlalu, saya dan hubby menjadi rakan sekelas selama setahun. Dia ke kanan, saya ke kiri. Tamat tingkatan 3, hubby menyambung study ke sekolah Teknik Kajang. Tinggallah saya di SUA meneruskan sekolah sampai tingkatan 5.


Semasa saya cuti semesta di UM, saya menerima panggilan telefon dari dia. Waktu yg sama saya tgh berkabung akibat dari kegagalan cinta monyet yg saya lalui.(monyet betullah) Patah hati punya pasal saya katakan saya tak bersedia untuk bercinta. Maka bermula suatu ikatan persahabatan. Dia terus menghubungi saya di telefon dan pernah beberapa kali menjenguk saya di asrama. Sehingga satu malam sewaktu saya ada xtvt persatuan dan meraikan hari jadi kawan baik saya, dia menelefon seperti biasa. Malangnya telefon saya kehabisan bateri. Dan kami terputus hubungan selama 3 tahun kerana masalah-masalah teknikal lain yg berpunca dari habis bateri tadi. Saya mengambil langkah drastik menukar no telefon.

3 tahun pada saya bukanlah satu jangkamasa yg singkat. Sempatlah saya menghabiskan pengajian di universiti dan masuk ke alam pekerjaan. Dia pulak hilang ntah ke mana. Tapi saya tak pernah ambil tahu pun. (marahlah katakan). Sehingga suatu hari ibu saya kata, ada kawan saya menelefon ke rumah bertanyakan no hp saya. Saya kata kepada ibu...biarlah.  Dan saya mmg tak de hati nak tahu siapa pun sehingga ibu mengulanginya beberapa kali. Ibu kata dia tak ingat namanya tapi rasa2nya macam Azmi. Baru saya teringatkan dia.







1 comment:

  1. cpatla sambung cite...tk sabr nk tahu (kepoh hehehe)

    ReplyDelete