Menempuh alam baru yg dinamakan "alam pekerjaan" membuat saya jadi ralat. Melupakan terus perjalanan mencari cinta saya yang dah lama terhenti. Berkerja menjadikan masa saya terisi penuh. Tambah pulak masa tu boleh kerja over-over sebab boleh claim over time. Jadi saya keluar seawal pukul 8.00 pagi dan balik pulak sekitar 7.00 ke 8.00 malam. Hujung bulan memang best...masyuk.
kerja sampai muntah
Seingat saya bulan tu bulan ramadhan, bosan bersendirian kat rumah lepas balik kerja. Tiba-tiba saya teringat pulak kata-kata mak masa balik kg. "Telefonlah balik kawan adik tu, mak tak tahu nak bagi nombor telefon adik kat dia. Kalau mak tahu mak dah bagi dah". Dalam hati nak telefon macam mana. Siapa yg telefon pun tak tahu. Mak pun serkap jarang jer namanya.
Teringat pulak saya dekat Azmi (nama dia yang mak sebut, mak yang sebut ye bukan saya hehehe). Saya try tgk phone book. Confirm tak de. Dah delete dah. Ternampak no. telefon Akmal (Tompel- gelaran hubby untuk best fren dia). Telefon dan dapatlah pulak. Ntah apa yang saya tanya pun saya tak ingat tapi hasilnya saya dapat no telefon En. Azmi. Dan-dan terus call. Direct tanya "Awak telefon rumah mak saya ke?." Tapi jawapan dia tak best pun "Iya kut, saya pun tak ingat". Cover line ke mmg bukan dia yg call ni. "Oh ke ye ker, tak pelah".Jawapan saya pun sama tak best macam jawapan dia. Dalam hati "Kecewa" malu jer salah orang. Tak pelah disconnect jerlah panggilan nie. Anggap jer tersalah buat panggilan telefon. "Ni no. awak ke, boleh saya telefon lain kali?." Tanya dia. "Haah,telefon jelah". Jawab saya (macam tu rasanya sbb dah lupa dah). Maka bermula episode bergayut-gayut di telefon kami.
Saya mula menjadi penunggu setia di talian. Tak cukup talian handphone melarat ke telefon kat rumah. Bila makcik saya balik haruslah guna handphone. Dari cerita pasal kerja melarat ke cerita sekolah dulu dan sampailah ke kisah hati. Dan boleh pulak lagi bergaduh di telefon kerana cerita-cerita di sekolah dulu. Ialah macam nak bercinta dengan saya tapi sakan bercerita pasal awek2 di sekolah. Hampeh. (masa dalam proses mengenali hati budi kononya...ahakss).Tak tahu ke jeles. "Tak mo kawan awak". Merajuk nie.
Pastu dapatlah sms bunga-bunga cinta. "Saya mengharap kat awak". Hish malulah...gedik pulak. Haah...dah jodoh. Setuju.
So kita declare...saya & dia. Kami Couple.
Bila ye?.Lupalah pulak.
No comments:
Post a Comment