Monday, October 31, 2011

PEREMPUAN...


Perempuan
Datang atas nama CINTA
Bunda pergi karna CINTA
Digenangi racun jingga
dalam wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengan nya
tinggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini aku lihat karya syurga
dari seorang HAWA

Ada apa dengan CINTA...????
Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali CINTANYA
bukan untuknya
Bukan untuk sesiapa
Tapi untuk ku...

Karna aku ingin kamu
ITU SAJA



dia KECIL, dia COMEL, dia BIJAK.....

Melihatkan keletah dia...hati yang panas pun jadi sejuk...

Dia Kecil
Lebih kecil dari rakan sebaya

Dia Comel
Bila dia senyum

Dia Manja
Waktu dia nak tido

Dia Bijak
Dengar bila dia bercakap

Tapi
Dia Noty...Sometimes

"Sekarang Abg dah besar dah...."

Masa kecilnya...
Dia lahir tak cukup bulan
6 bulan 2 minggu @ 26 week pregnancy
dekat HOSPITAL SELAYANG
seberat 910g jer - sebesar botol kicap jer
Emergency Operation
Duduk dalam incubator selama 3 bulan lamanya

"Dia seksi - umur lebih kurang setahun"


kami seiras tak?

Ramai orang kata DIA seiras ayah...iyalah anak ayah...
Masa kecik pun selalu panggil ayah..ibu pun jadi CEMBURU..


anak yg manja

Bila dia noty,
geram jer rasa..nak gigit telinga

 Dia dah pandai bodek...
abang BOBOI pun cair...
Dapat pau 2 bijik kereta abg belanja
kelakarkan


DIA
IMAN HAKIMI MOHD AZMI

DIA ANAK IBU






KO TIPU....

huh 58kg?????
ko tipu...mana boleh

Dulukan....baru 38kg, masa tgh mengandung Wildan

cerita tahun 2008
kuruskan...

Sekarang 58kg
cerita tahun 2011
+20kg (dari mana die datang agaknya)
gemuk ke?

Berdasarkan sejarah dan salah silah keluarga...
didapati keturunan Haji Johari & Hajah Aminah (sebelah mak aku) nie terbahagi 2.
Satu kurus dan tinggi. Satu rendah dan gemuk (rendanglah tu).

Secara amnya aku berjaya mewarisi ketinggian dan kekurusan atuk akulah,
tapi bila dah 3 series nie, lain macam skit. Macam dah nak jadi rendang jugak.
Dengan kata lain "GEMUK".

Dulu, aku selalu pelik kenapa perempuan selalu obses nak kurus...
nak kurus...nak kurus... (masa aku kuruslah)

Tapi sekarang aku faham perasaan diorg tu....
sbb aku pun jadi macam diorang jugak takut GEMUK

Kata orang aku belum GEMUK lagi. Sedang-sedang ajer. OK sangat dengan ketinggian.
Aku pun setuju sebab aku rasa Ok gak.

Yang buat aku rasa tak OK bila kebanyakan baju aku dah tak cantik dipakai.
 Dulu cantek ke?hehehe
 Semuanya macam sarung nangka.
Maklumlah dulu baju semua saiz S. M pun dah kira besar dah.

Yang paling tak best bahagian PERUT..sebijik macam GARFIELD...
apa pandang2?...tak puas hati  

Bab PERUT nie sensitif skit. Dulu aku suka pelekeh petua orang tua2 antaranya :

1. Jangan minum ais nanti buncit
2. Jangan baring lepas makan nanti buncit
3. Bersalin Operation nanti buncit

Semua di atas aku langgar sebab tak de kesan pada aku (masa bujanglah).
Pastu bila dah bersalin pulak, masih ada rasa riak jugak bila setahun lepas bersalin masih maintain X BUNCIT PUN...

Bila mak aku cakap kesan bersalin Operation tu BUNCIT...
aku masih tak caya sebab aku X BUNCIT pun.

Akibatnya selepas 3 tahun...BUNCIT dah. Mungkin terkena sumpahan mak aku.hehehe

Sekarang nak maintain rata kat perut mmg X dapatlah...tahan nafas sekejap bolehlah.
Lepas tu biru2 muka sbb x cukup O2. Apa pun tak boleh.

Berkobar2 nak kuruskan PERUT nie...Tapi terbantut jugak bila ayah kata

"AYAH OK JER"...

SO SWEET...



IBU PUN OK JER....






I Just LOVE Mondays

Bila tiba hari isnin...
macam-macam rasa ada
x ada mood
mengantuk
letih
demam
dan sebenarnya MALAS

Kan best kalau hari ahad setiap minggu ada 2 hari
ahad 1 & ahad 2
maka
x ada isnin
x payah pergi kerja




Hari isnin selalunya memang fail
lambat bangun
baju x gosok
mandi cowboi..
jalan jem
Dan macam2 benda lagi...

Selalu berangankan
 isnin akan menjadi hari yg sempurna
hari yg indah penuh warna warni

bangun dengan penuh semangat
baju yg dah siap bergosok
sarapan yg best2
jalan yg clear

Dan sampai di Opis jam 8.00 pg
Tapi selalunya mmg taklah...
sama jer tiap2 minggu





tapi tetap maintain cool

dan...

Apa pun tiap2 minggu mmg ada hari isnin
sebulan ada 4@5 hari..

so..?


Tuesday, October 25, 2011

INI BUKIT TINGGI

ce teka...kat mana nie?.

Nielah Bukit Tinggi. Bukit tinggi yg menjadi idaman aku dari sejak dia dibuka.
Tak kira...apa pun orang kata aku tetap nak pegi  jugak...

Makanan mahal..tak sejuk, bosan, tak de xtvt..nak jugak......

Cantek...dan aku harus ada gambar kat sini...tak kira

Ayah...bawa ibu dating kat sini tau.
2 hari 1 malam...sempena anniversary kita yang ke-5 ye

Taman jepun...



Saturday, October 15, 2011

AKU "COMPETENT PERSON"


Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Panel Persijilan EiMAS yang telah bersidang pada 30 September 2011 telah memutuskan  yang tuan/puan telah memenuhi semua syarat persijilan  dan dengan ini tuan akan diiktiraf sebagai Orang yang Berwibawa (Competent Person)  Certified Environmental Professional in the Operation of Industrial Effluent treatment System - Physical Chemical Processes (CePIETSO-PCP)/ Biological Processes (CePIETSO-BP)

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Note: Surat rasmi akan dihantar kemudian.

Baca...baca... OH LIHATLAH DUNIA...

Yuhooooooooooooooooooo...Gembira, gembira..rasa nak lompat sampai tingkat 3 Opis nie...
lalalalalala

Alhamdullilah syukur sangat. Dah Competent...dah jadi orang yang ada nombor di malaysia..

lagi power lagi best oooooooooooooooooo....

Apa lagi bos nak demand nak gaji besau.....

Tuesday, October 11, 2011

kerana pulut santan binasa

Di sini tempat orang melayu, yg kerjanya pun semua melayu
baguskan orang melayu...dah ada syarikat sendiri.

Di tempat melayu patutnya "budi bahasa amalan mulia" dan budaya sepanjang hidup.
Tapi kat sini...mulut aku belajar melepaskan kata-kata pedas berbisa kerana belajar budaya di sini .Sebabnya seingat aku di luar kawasan bahasa aku cantek jer.

Orang kat sini ada yang mudah juga "terpeleot" (bahasa nie aku dapat dari opis mate aku) Tapi ada yang mulut Pehhhhhhhhhh macam cili api. Pedas. Tak boleh diajak bergurau. bergurau pun cara begitu-begitulah.

Terpeleot atau bahasa lainnya ialah terasa hati (hahaha). "Hati kecil" @ "kecil hati". Tetapi ada rakan opis yang kadang2 bertanya khabar pun dapat jawapan menyakitkan hati. Lama berada di sini, kadang2 mulut nie pun terlepas ayat bisa. " subhanallah" risau aku.

Tetapi yang paling aku ingat ayatnya macam nie

"kalau tak suka berenti ajer". aduyai kak limah....bahasa tu cuba cantek skit.
kalau ada peluang lain, harimau pun lari jumpa akak. takkan tunggu punyalah.
Iyalah...mulut macam nie.Siapa tahan. Tak boleh komen sikit..tak boleh minta ngan opis lebih skit...mulalah ayatnya " korang nie tak reti bersyukur". Hah eleh. ke korang yang tak buat kerja?
Sebab tu minta apa pun tak dapat.

Kadang2 gayanya macam bergurau, tapi ayatnya tembuslah sampai kat jantung. Dah kena jantung berlubang. aku apa lagi, kekadang balas gak hah ambekau.

Teringat pulak peribahasa X opis mate aku dulu. "katanya awak pernah dengar istilah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembuk mengembok.tapi kat sini saya tak boleh. Saya nak jadi ikan, duduk dalam laut tapi tak masin sbb kita kena ada pendirian. "Tapi kat sini pendirian kita tak boleh berdiri tanpa sokongan..jadi....

Thursday, October 06, 2011

"SABRINA KEKASIH LAMA"

Siapa dia?...Huh Sabrina kekasih lama....

Dengan aku...memang taklah kalau nak cerita pasal sabrina kekasih lama.Tak minat langsung.
Pada aku kalau dah kawin, bahagia beranak-pinak tu, tak payahlah nak cecita lagi pasal "kekasih pertamaku". Yang bagi-bagi surat letak bedak ,pas kat kawan2 tu dulu. Buat semak samun hidup je.

Apalah yg nak dibanggakan dengan cerita2 dulu nie.

Itu cerita lama beb.Tak payah nak dikenang2. Walau apa pun yg terjadi dulu...pass is pass. Tak de maknanya. Tak kiralah dengan saper pun......baik si suami isteri atau saudara mara terdekat hatta kawan baik pun.

gambar : saper nama adik? Sabrina ke?...

Si Suami
tak payah sibuk nak cerita berapa orang kekasih lama die, bawak dating kat mana?. belikan hadiah apa...Apa pasal tak jadi pulak nak kawen dengan awek tu...

Si Isteri
Sama jugaklah...kalau bercerita dengan harapan suami kan menyayangi dengan lebih lagi dan cemburu lalu menjadi lebih romantik,perhatian dan dilayan seperti princesssssssss.....tak payah...silap hari bulan suami ko tuduh bermain kayu tiga pulak.

Si kawan baik
kisahnya....baiknya hati bercerita kisah lama si isteri/suami dengan x kepada pasangannya. Tapi apakah motifnya begitu..bergurau senda. atau nak bagi tahu kami ini sangat "kawan baik". tak pe-tak pe....tak payah ye. Diorang dah tahu awak kawan baik dia dah.Simpan jelah memori kawan baik dengan si x nya dari pengetahuan pasangannya. senangkan.

Si mak mertua@ kakak ipar
Ada jugak mak mertua@kakak ipar yang suka nak cerita pasal menantu tak jadi@adik ipar tak jadi tu.  Ada ke si suami/isteri yang suka dengar mak mertua@kakak ipar cerita perkara macam tu. Kan bikin panas. Elok-elok menantu balik sebulan 2 kali dah jadi 2 bulan sekali. tak ke nanya. dan kadang-kadang terlebih-lebih pulak memuji menantu tak jadi tu...aduyai...dah tahu suka sangat naper tak pinang jer si x untuk anak mak tu@ adik akak tu.

Yang nie lagi power lagi best...mak kepada si X pulak bercerita. "Dulu mak cik nak jadikan suami/isteri awak tu menantu makcik, tapi tak ada jodoh pulak". Dalam hati makcik boleh tak keluar dari rumah saya sekarang....kan akibat tu.

Jadi kesimpulannya....tak payah untuk semua kisah-kisah itu. Kecewa cinta kekasih pertama@ gagal ke jinjang pelamin  korang tu buang longkang jerlah. @ jual kat kedai besi buruk er. Kenangan2 lama diadvise jadikan bahan bakar jer. Tak usah di simpan2 sudah. Dan jangan try tanya "sabrina kekasih lama" kepada saya.....wachaaaaaaaaaaa.....


Monday, October 03, 2011

CERITA INI.....

Tak tahu kenapa bila dtg kerja macam ada benda yg kurang....

ke sebab dah lebih 5 tahun kerja nie...dah tak minat kerja?.

Betul rasa 0 jer jiwa.macam makan nasik tak de rasa. Makan jer sebab nak kenyang.
Datang kerja. punch card dan menunggu masa balik.

kenapa?....ada jugak kawan2 yang lain rasa macam tu jugak...yang datang opis memboringkan diri jugak. Beronline ...gosip2 artis, tanya khabar mak2 saudara dekat fb..
Ke sebab aku dah lagak orang hutan tak berkawan dengan orang
lain. Tak jugak, rasanya hubungan silaturrahim aku ngan opis mate @ opis seberang sana
OK..OK jer. Dengan bebudak down line aku OK juga.

Apakah?.Tak de tarikan yg membawa kepada nak datang kerja hari ini..
Hari2 pun dalam kepala terfikir alangkah bagusnya kalau hari ini cuti....dan esok
cuti lagi.

Jadi aku setuju sangatlah kalau umur bersara tu 55 jer. Kalau 60 tahun aku tak tau lemau dia
macam mana.Aku yang 3 series nie pun lemau masuk angin. Kalau 5 series?. X6 apatah lagi....aduyai....

Kat sini di sini...macam kurang kasih sayang...Pilih kasih dah memanglah.Generasi yang masuk seangkatan aku  pada 2008 semua dah pun angkat kaki. Seorang dah pun angkat sebelah kaki walau pun pada aku di anak emas kat sini.

Oh ye, ini cerita dia.Si A.kira mngumpat ke nie. Yang langsung tak ngam dengan aku. Kami tak sama jantina. Jadi tadik harus juga berbaik-baik. Si A ini boleh diumpama anak emas.Dengan Manager tak payah ceritalah...semua contoh semua cerita akan related dengan A sebagai contoh. Si A ini begini, Si A ini bagus. Si A ini baik. Iyalah dasarnya begitulah. Baguslah Si A ini baik dan bagus. Tetapi kebaikan dia tak harus menjadi senjata untuk mencalar hati orang lain sewenangnya. Orang lain juga bekerja dan ada kepakaran masing2 jugak.Tapi apa yang berlaku...lebih kurang begitu..

Bos in pun agak2lah kalau dah suka ..Opsssss si bos dan Si A sama jantina.jangan salah sangka nanti lain jadinya. Sampai kerja orang lain dah ke tangan orang lain. Pernah sekali opis mate aku bergaduh dengan bos kerana ini. Opis mate yang sebelum-sebelum nie pun merungut jugak tapi tak samapai perang2lah. Yang Si A pulak kata dia jagi kambing hitam buat job orang lain. Alahai....

Si dia Si anak emas juga angkat kaki kerana emosi2 begini. Bagaimana ye?>

Aku pulak masih menghitung hari...tak tahu rezeki belum menyebelahi.12345678910..........